Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-27
HaiPress

FOTO IPD SERI ALAM
JOHOR BAHRU,27 April- Seorang pelajar lelaki maut,manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Sungai Tiram,Johor Bahru,Johor,pada pukul 3.30 pagi,semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Sohaimi Ishak berkata,siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Jalan Sungai Tiram menuju ke Bandar Tiram.
Setibanya di lokasi,sebuah khinzir melintas secara tiba-tiba,menyebabkan lelaki itu mengelak ke kanan jalan secara mengejut dan memasuki lorong bertentangan,sebelum merempuh sebuah motosikal dinaiki dua pelajar sekolah.
Mangsa pembonceng motosikal,lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Manakala penunggang motosikal terbabit,juga lelaki berumur 15 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ambulan ke Hospital Sultan Ismail,bagi mendapatkan rawatan.
Sementara pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 2987.