Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-12
IDOPRESS

FOTO METMALAYSIA
KUALA LUMPUR,12 Mei- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di Xizang awal pagi ini.
Gempa berukuran 5.4 magnitud itu direkodkan pada pukul 5.11 pagi dan berpusat di koordinat 28.9 darjah utara serta 87.6 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan lokasi kejadian terletak kira-kira 384 kilometer di utara Dinajpur,Bangladesh.
Orang ramai dinasihatkan merujuk maklumat rasmi melalui laman web METMalaysia atau aplikasi mudah alih myCuaca bagi sebarang perkembangan terkini.