Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-13
HaiPress

KPN ucap takziah pada keluarga FRU maut di Teluk Intan. / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 Mei- Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan,Perak,pagi tadi.
Beliau mewakili warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa sedih dengan insiden yang menimpa semua mangsa terbabit.
Katanya,jasa anggota FRU yang terkorban amat dihargai terutama apabila kemalangan itu berlaku selepas mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
"PDRM akan memastikan kebajikan keluarga semua anggota yang terkorban dan mengalami kecederaan dalam kejadian ini diberikan perhatian sebaiknya," katanya.