Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-15
IDOPRESS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited memastikan pegawainya terutama yang belum disahkan dalam perkhidmatan memenuhi tahap kompetensi ditetapkan./ FB SPRM
SEREMBAN,15 Mei- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited memastikan pegawainya terutama yang belum disahkan dalam perkhidmatan memenuhi tahap kompetensi ditetapkan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM,Datuk Junipah Wandi berkata penekanan diberikan kepada pembentukan pegawai yang bukan sahaja berpengetahuan dan mahir,tetapi juga berintegriti serta beretika tinggi.
"Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam membentuk modal insan SPRM yang berkualiti tinggi dari peringkat awal kerjaya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata SPRM turut bersama-sama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Perdana Menteri menjalankan Kajian Impak Pegawai SPRM Dalam Tempoh Tiga Tahun Selepas Penempatan (Kadet) bagi menilai aspek pengetahuan dan keberhasilan latihan dalam situasi sebenar tugas.
Hasil kajian berkenaan katanya akan membantu SPRM memperkemas modul latihan dan strategi pembangunan kompetensi pegawai secara menyeluruh.