Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-16
IDOPRESS

Pertemuan kedua pemimpin bincang kerjasama pelbagai bidang
KAZAN,15 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan,Republik Tatarstan,bagi meneruskan siri lawatan rasmi beliau ke Rusia.
Lawatan dimulakan dengan pertemuan bersama Rais Tatarstan,Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan. Turut hadir,Perdana Menteri Tatarstan dan pimpinan industri utama republik itu.
Dalam satu pertemuan tertutup,kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dalam perdagangan,pertanian,tenaga,teknologi,industri halal dan perbankan Islam.
Tatarstan turut menghargai sokongan Malaysia dalam Mesyuarat Visi Strategik 'Russia–Islamic World' yang lalu di Kuala Lumpur.
Minnikhanov memaklumkan rancangan penganjuran kem belia Malaysia-Tatarstan melibatkan 200 peserta,selain menyampaikan buku koleksi puisi Gabdulla Tukai kepada Perdana Menteri sebagai tanda penghormatan.
Selepas sesi perbincangan,Datuk Seri Anwar turut berkesempatan meninjau tapak warisan UNESCO,Kremlin Kazan.