Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-19
HaiPress

Foto LEMBAGA PELAWAT HTF
KANGAR,19 Mei- Pelbagai pihak terus tampil melaksanakan kempen Derma Darah bagi menampung keperluan stok bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Antara yang terlibat ialah Lembaga Pelawat HTF yang berjaya mengumpul sebanyak 52 pek darah menerusi kempen terbaharu mereka.
Pengerusi Lembaga Pelawat HTF,Yaakob Seman berkata kempen tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi dan akan diteruskan secara berkala memandangkan bekalan darah yang mencukupi amat penting,khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan.
"Derma darah secara konsisten dapat memastikan bekalan darah yang mencukupi dan selamat untuk memenuhi keperluan semua pesakit yang memerlukan transfusi darah," katanya menerusi kenyataan.
Program itu bukan sahaja membantu menambah stok darah,malah turut meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menderma darah daripada aspek kesihatan dan keperluan rawatan pesakit.
HTF memerlukan antara 800 hingga 1,000 pek darah setiap bulan bagi memenuhi permintaan,terutamanya bagi kes-kes kecemasan.