Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-19
IDOPRESS

Letak jawatan atas sebab peribadi
KUALA LUMPUR,17 Mei - Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia Bhd Rosidah Baharom meletak jawatan,berkuat kuasa hari ini.
Bursa Malaysia menerusi satu makluman berkata peletakan jawatan Rosidah itu adalah atas sebab kepentingan peribadi.
“Lembaga,melalui jawatankuasa pencalonan dan ganjaran,sebelum ini telah memulakan usaha untuk mengenal pasti dan melantik CFO baharu syarikat .
“Pengumuman mengenai pelantikan baharu akan dibuat dalam masa terdekat,” kata pengendali bursa itu.
Sementara itu,Rasmona Abdul Rahman,naib presiden eksekutif kewangan kumpulan dan perkhidmatan korporat,akan menyandang jawatan pemangku CFO berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA