Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-21
HaiPress

Malaysia bakal merangka Dasar Maritim Negara secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta keselamatan sektor maritim negara.- Foto BERNAMA
LANGKAWI,21 Mei - Malaysia bakal merangka Dasar Maritim Negara secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta keselamatan sektor maritim negara.
Menurut Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,dasar bersepadu itu diperlukan memandangkan lebih 30 agensi serta kementerian kini berkongsi bidang kuasa maritim di bawah lebih 15 akta dan perintah berasingan.
Keadaan itu sering mengundang pertindihan kuasa,ketidakcekapan serta pembaziran sumber yang akhirnya menjejaskan keberkesanan kawalan perairan negara.
"Melangkah ke hadapan,kerajaan komited untuk mewujudkan tadbir urus maritim bersepadu. Ini termasuk memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan pengawasan masa nyata dan perkongsian data," beliau menyatakannya ketika merasmikan Persidangan Maritim Malaysia sempena LIMA'25 di sini.
Dasar Maritim Negara akan turut merangkumi usaha mempertingkat digitalisasi,kesedaran domain maritim dan perkongsian risikan secara masa nyata antara agensi.