Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-21
IDOPRESS

Anggota trafik dan pasukan unit kereta peronda (MPV) digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya
GUA MUSANG,20 Mei- Hujan lebat melanda Gua Musang menyebabkan tebing tanah runtuh dan menghalang lalu lintas di kawasan Gua Sejuk,Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superitenden Sik Choon Foo memaklumkan,pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan tebing tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Kuala Krai tidak dapat dilalui dari kedua-dua arah.
Kesesakan dilaporkan berlaku sepanjang kira-kira dua kilometer di lokasi kejadian.
Anggota trafik dan pasukan unit kereta peronda (MPV) digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Menurut Sik Choon Foo kejadian berlaku berpunca daripada hujan lebat namun insiden berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan.
Bagaimanapun pemantauan terus dilakukan dan laluan hanya akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.