Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-21
IDOPRESS

Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR,20 MEI - Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada60,527 unit pada April 2025 berbanding 72,730 unit pada Mac.
MenurutPersatuan Automotif Malaysia (MAA),faktor cuti Hari Raya yang panjang dan penghantaran sempena perayaan yang tinggi pada Mac menyumbang kepada jumlah jualan kenderaan yang lebih rendah pada bulan tersebut.
“TIV untuk setakat tahun ini adalah 5.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2024,” kata MAA dalam satu kenyataan.
''Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,sebanyak 248,730 unit kenderaan terjual,susut lima peratus daripada 263,050 unit tahun sebelumnya.
Sementara itu,pengeluaran pada April 2025 turut menyaksikan penurunan sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 56,313 unit kenderaan dikeluarkan.
''MAA menjangkakan TIV pada Mei 2025 adalah lebih tinggi berbanding April berikutan sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai di Malaysia Timur pada akhir bulan ini.
“Bilangan hari bekerja yang lebih tinggi pada bulan Mei berbanding April dan pelancaran model baharu juga dijangka akan menyumbang kepada peningkatan jualan,” katanya.