Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-23
IDOPRESS

Foto- BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR) berlangsung hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Mesyuarat peringkat tinggi itu menghimpunkan wakil-wakil tetap ASEAN,Duta Besar Timor-Leste dan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).
Ia akan diikuti dengan siri mesyuarat persediaan utama sebelum sidang kemuncak rasmi.
Pada sebelah malam,pegawai kanan ASEAN dijadual menghadiri majlis makan malam rasmi di Bukit Damansara.
Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan ASEAN-GCC-China pertama,mencerminkan kerjasama serantau yang semakin berkembang.
Malaysia akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan".
Lebih 1,200 petugas media,termasuk 500 agensi antarabangsa,telah mendaftar untuk membuat liputan sidang kemuncak yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.-BERNAMA