Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-23
IDOPRESS

Foto fail Bernama
PUTRAJAYA,22 Mei- Inflasi Malaysia pada Aprilmencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.4 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan hari ini,indeks harga pengguna naik kepada 134.3 mata daripada 132.4 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.
Kenaikan didorong oleh peningkatan bagi kumpulan penjagaan diri,perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan.
"Pendidikan meningkat 2.3 peratus (Mac 2025: 2.2 peratus) dan perumahan,air,elektrik,gas dan bahan api lainnaik 2.0 peratus (Mac 2025: 1.9 peratus)," katanya.
Kelantan dan Putrajaya mencatatkan kenaikan inflasi terendah pada 0.5 peratus.
Manakala empat negeri mencatatkan kenaikan melebihi tahap inflasi negara,iaitu Johor,Negeri Sembilan,Selangor dan Melaka .
Inflasi keseluruhan secara bulanan meningkat 0.1 peratus pada April 2025 berbanding Mac 2025.
Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih,inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam dan Indonesia. #