Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-27
IDOPRESS

Pengarah Penyiaran Kelantan,Shaheezam Said menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam program CSR "KELANTANfm Ambil Peduli"
BESUT,27 Mei- KELANTANfm terus memperhebat gerak kerja menyantuni golongan kurang berkemampuan.
Terkini,tiga keluarga di Pulau Perhentian,Besut,Terengganu di santuni menerusi program "KELANTANfm Ambil Peduli".
Menurut Pengarah Penyiaran Kelantan,Shaheezam Said,pihaknya telah melaksanakan lima program sama,sejak Januari lalu dengan keseluruhan penerima seramai 11 orang.
Penerima terdiri daripada kalangan penggiat seni,bekas kakitangan KELANTANfm,asnaf serta pendengar terutama mereka yang uzur.
"Kita memang merancang program CSR ini setiap bulan,iaitu kita pergi menziarah mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ini juga bantuan penyaluran maklumat daripada pendengar,badan bukan kerajaan (NGO) dan ketua kampung berhubung penerima-penerima yang berdepan masalah atau sakit kronik untuk kita,pasukan KELANTANfm turun menziarah mereka," kata Shaheezam kepada pemberita,hari ini.
Mengulas lanjut,beliau berkata penganjuran program juga mendapat kerjasama baik daripada rakan strategik termasuk pihak swasta,agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita memang sangat menunggu program-program sebegini. Program berbentuk keprihatinan terhadap masyarakat. Saya sebagai wakil amat terharu atas kedatangan KELANTANfm kerana sudah lama tiada kunjungan dari pihak luar," kata Zainuddin kepada pemberita,hari ini.
Dalam pada itu,turut berlangsung serentak program Gu Jajak KELANTANfm,yang menampilkan barisan juruhebah untuk mendampingi para pendengar setia.