Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-28
HaiPress

Foto FB Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR,28 Mei- Mangsa ribut di Kampung Kepala Batas Teluk Ipil dan Kampung Sungai Kechil,telah menerima bantuan.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Nibong Tebal,Fadhlina Sidek.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan turut mendoakan agar mangsa terjejas diberi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian tersebut.
"Berkesempatan menziarah ke rumah mangsa musibah ribut di Kampung Kepala Batas Teluk Ipil dan Kampung Sungai Kechil semalam.
"Saya melihat sendiri keadaan rumah yang terjejas. Kerosakan bumbung yang dialami perlu diperbaiki segera.
"Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan," kata Fadhlina menerusi hantaran di Facebook beliau.