Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-03
IDOPRESS

Foto RTM
PUTRAJAYA,30 Mei - Keluaran dalam negeri kasar Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025,menyederhana berbanding pertumbuhan 4.9 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh prestasi kukuh dari segi penawaran,yang dipacu oleh sektor perkhidmatan,diikuti oleh sektor pembuatan dan pembinaan.
Secara bulanan,ekonomi berkembang 3.5 peratus pada Januari dan 3.6 peratus pada Februari,sebelum meningkat kepada 6.0 peratus pada Mac 2025.
Dalam iklim ekonomi yang stabil,kadar inflasi Malaysia susut sedikit kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 berbanding 1.5 peratus pada Februari 2025.
Ia berikutan daripada kenaikan harga yang lebih perlahan dalam kumpulan penjagaan peribadi (3.6%),restoran dan penginapan (2.9%),serta kos berkaitan perumahan (1.9%).