Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-06
HaiPress

Foto Fail/ BERNAMA
ISKANDAR PUTERI,5 Jun - Kerajaan Johor nafi melantik ejen atau orang tengah dalam urusan permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata urusan permohonan tidak lagi menggunakan kaedah manual seperti sebelum tahun 2022.
Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya berikutan urusan RMMJ kini hanya dilakukan secara dalam talian atau menerusi pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
"Sekarang ini,semua pemaju perumahan yang mahu membina rumah di Johor wajib mendaftar masuk sistem portal e-Rumah Johor. Jika tidak,pemaju berkenaan tidak dibenarkan mengiklankan dan membuat jualan," katanya pada sidang media Rumah Prihatin Johor dan Rumah Kasih Johor di Iskandar Puteri.
Pada 2023,sebanyak 18 kes penipuan melibatkan pembayaran tinggi melalui orang tengah dengan kerugian RM155,000 dibongkar.