Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-06
HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,5 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah mempertingkat usaha memantau dan menyekat penjualan cecair vape yang mengandungi dadah sintetik melalui platform digital.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil menegaskan aktiviti berkenaan semakin berleluasa melibatkan media sosial dan aplikasi mesej peribadi.
"Saya telah mengarahkan MCMC untuk meneliti secara menyeluruh aktiviti penjualan produk sedemikian dalam talian iaitu didapati banyak transaksi dilakukan melalui platform seperti Facebook.
"Terdapat juga penjualan yang berlaku melalui aplikasi WhatsApp dan sudah tentu sebarang tindakan penguatkuasaan akan turut melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup," katanya pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Datuk Fahmi turut menyatakan laporan komprehensif akan disediakan MCMC untuk dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jemaah Menteri.
Sementara itu,menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan pengharaman penggunaan vape,beliau memaklumkan sebarang keputusan berhubung perkara tersebut tertakluk kepada bidang kuasa KKM.