Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-09
HaiPress

Foto Facebook YaPEIM.
KUALA LUMPUR,8 Jun - Program Infak Korban Al Falah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 2025 menyumbangkan 143 ekor lembu korban kepada 134 lokasi,bagi manfaat lebih 60 ribu penerima di seluruh negara.
Program tahunan yang menyasarkan golongan B40,asnaf,miskin serta mereka yang benar-benar memerlukan itu melibatkan peruntukansebanyak RM1 juta.
Program itu bukan sekadar menyantuni mereka yang kurang berkemampuan,malah memberi peluang kepada masyarakat untuk turut sama berinfak,menyumbang dan menyemai rasa kepedulian sesama ummah.
"Ia mampu mendidik masyarakat agar lebih bersyukur serta memahami erti sebenar pengorbanan serta kebersamaan," jelas YaPEIM menerusi kenyataan media.
Agihan daging korban telah dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik melalui kerjasama strategik YaPEIM dengan pelbagai pihak seperti hospital,sekolah,masjid serta badan bukan kerajaan (NGO).