Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-09
HaiPress

Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,9 Jun- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa berdukacita menerima khabar tragedi kemalangan membabitkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli–Grik berhampiran Tasik Banding,Perak,awal pagi tadi.
Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi,beliau merakamkan ucapan takziah amat mendalam kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia dalam insiden tersebut.
"Kami semua bersedih atas kehilangan besar ini yang pastinya turut memberi kesan perit kepada komuniti UPSI,katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh,sama-sama juga kita doakan agar beberapa lagi yang cedera diberikan kesembuhan segera," katanya.