Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-09
HaiPress

Trafik ke ibu negara sesak. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Jun- Beberapa lebuh raya utama negara menghala ke Lembah Klang masih bergerak perlahan setakat 10 malam tadi.
Menurut laman X PLUS Trafik,laluan selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi bergerak perlahan menuju ke pusat bandar. Turut perlahan,dari arah Sungai Buaya ke Rawang Selatan.
Aliran trafik dari arah selatan pula dilaporkan perlahan dari Pagoh ke Ayer Keroh dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Nilai.
Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan perlahan di Lanchang ke Plaza Tol Karak,Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Turut sesak dari Genting Sempah ke Gombak,Bentong ke Bukit Tinggi dan Karak ke Bentong.