Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-11
HaiPress

Foto Arkib
SUBANG JAYA,11 Jun - Selangor komited membentuk masa depan generasi akan datang dengan bekalan kemahiran digital bagi menghadapi arus perkembangan global yang pesat.
Menurut Menteri Besar Selangor,Dato Seri Amirudin Shari,inisiatif ini selari dengan aspirasi Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035,khususnya Teras 1 yang menekankan pengukuhan pertumbuhan ekonomi menerusi transformasi digital.
Juga Teras 3 yang memberi tumpuan kepada akses pendidikan berkualiti secara inklusif serta saksama.
"Ini akan menjadi kesinambungan terhadap apa yang kita buat di kecerdasan buatan AI Trailblazers untuk menukar kemahiran pegawai-pegawai kita terhadap kemampuan penggunaan AI dan kefahaman mereka dengan AI.
"Program ini tertumpu kepada kanak-kanak dan sekolah. Ia akan jadi penerus kepada inisiatif AI bagi memasuki gerbang AI dengan lebih gagah," katanya selepas majlis pelancaran Skala Peningkatan Kemahiran Masa Hadapan Untuk Semua,FS4A - Selangor Scale Up di Subang Jaya,hari ini.
Sementara itu,CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata,program yang dibiayai Google ini disesuaikan bagi memenuhi keperluan sebenar di lapangan bermula dengan sekolah di daerah pendidikan Gombak,Petaling Utama,Petaling Perdana dan Klang dengan pelancaran tiga fasa dari Jun hingga September tahun ini.