Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-17
HaiPress

Foto Facebook Bomba Channel
SIBU,17 Jun-Seramai 38 penghuni sebuah rumah panjang di Jalan Penasu,di sini,terjejas apabila kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran malam tadi.
Bagaimanapun,tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut Ketua Zon Empat,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,Andy Alie,kebakaran melibatkan Rumah Gamang,sebuah rumah panjang sembilan pintu yang terbakar 100 peratus.
Menurutnya,Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.56 petang Isnin,sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian.
Pasukan itu turut dibantu oleh anggota dari BBP Sibu Sentral,dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.44 malam.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.