Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-17
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Jun – Malaysia mencatat kejayaan membanggakan apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025,pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Facebook,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti reformasi Kerajaan MADANI mula membuahkan hasil.
"Ia hasil tekad politik,iltizam jentera kerajaan dan kerjasama sektor swasta," katanya.
Beliau turut menegaskan,prestasi cemerlang dalam perdagangan,kecekapan pentadbiran serta persekitaran pelaburan kukuh menjadi asas kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Tambah Datuk Seri Anwar,pencapaian ini adalah milik seluruh rakyat dan menjadi langkah penting dalam usaha meletakkan Malaysia dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033.