Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-17
IDOPRESS

Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Petagas,di Putatan Sabah,petang tadi.
PUTATAN,16 Jun - Seorang anggota bomba cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran lapan rumah di Kampung Petagas di sini,petang tadi.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah,Mohd Alfian Salioh berkata,kesemua rumah terbabit musnah dalam kejadian itu namun penghuninya dilapor selamat.
"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4 petang.
"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengawal kebakaran dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya
Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota BBP Penampang,Kota Kinabalu dan Tuaran dengan kekuatan 22 anggota dan beberapa jentera serta dua tangki air.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.55 petang.
Sementara itu,Ahli Parlimen Putatan,Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata,pusat pemindahan sementara telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang terjejas.
"Pusat pemindahan sementara di Dewan Sri Putatan telah dikatifkan dan pendaftaran semua mangsa terlibat sedang dilakukan," katanya.