Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-17
IDOPRESS

Harga emas meningkat susulan susulan serangan udara Israel terhadap kemudahan nuklear Iran / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Jun-Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi minggu ini,dipacu oleh kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak susulan serangan udara Israel terhadap kemudahan nuklear Iran.
Menurut penganalisis,ketegangan itu telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti emas,yang sering dilihat sebagai pelindung nilai dalam situasi tidak menentu.
Pasaran telah pun menunjukkan momentum kenaikan sejak awal minggu ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah,yang meningkatkan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
Gabungan risiko geopolitik yang semakin meningkat dan latar belakang makroekonomi yang cenderung ke arah penurunan kadar faedah telah menyemarakkan permintaan terhadap emas.