Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-20
IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Jun - Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) akan diteliti secara menyeluruh,demi memastikan kedudukan dan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Mohd Na'im Mokhtar,menegaskan fatwa tetap berperanan penting membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah.
Bagaimanapun,beliau menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat Mahkamah Persekutuan.
"Kerajaan madani akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura,ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara.
"Pada masa sama kedudukan institusi agama Islam selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan akan terus dipertahankan,katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu,Mahkamah Persekutuan telah memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap entiti korporat tersebut.
Fatwa berkenaan hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam,bukannya syarikat atau pertubuhan.