Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-23
HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,23 Jun- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Abang Openg iaitu Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang.
Menerusi hantaran di media sosial,Baginda berkongsi kedukaan itu dengan memetik potongan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah,ayat 156.
"Sesungguhnya kami ialah milik Allah S.W.T,dan kepadaNya kami kembali," tulis Baginda.
Allahyarham Juma'ani menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Pusat Perubatan Normah,Kuching,Sarawak,pukul 3.34 pagi tadi.
Majlis penghormatan terakhir diadakan di Masjid Jamek,Petra Jaya,bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang,Petra Jaya.