Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-24
IDOPRESS

Foto RTM
UZBEKISTAN,24 Jun- Realisasi potensi kerjasama ekonomi Malaysia dan Uzbekistan antara yang dibincangkan dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Presiden Uzbekistan,Shavkat Mirziyoyev.
Ia membabitkan projek seperti perdagangan dan inovasi,tenaga hijau,industri minyak,gas serta kimia.
Turut diberi tumpuan projek membabitkan geologi dan pengurusan sumber air,pengeluaran elektronik dan semikonduktor serta penjagaan kesihatan,pembangunan tenaga kerja,dan pelancongan ziarah.
Selain itu,perbincangan turut memberi fokus untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara selepas perjanjian yang dibuat ketika lawatan Mirziyoyev ke Kuala Lumpur Februari lalu.
Datuk Seri Fadillah juga memaklumkan mengenai pertukaran aktif dan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 25 peratus sejak awal tahun ini.
Turut menunjukkan peningkatan,usaha sama dan penerbangan sambungan membabitkan kedua-dua negara.
Hari ini,Datuk Seri Fadillah dijadual merasmikan Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan 2025 di Tashkent.
BERITA BERKAITAN:
TPM Fadillah hadir Forum Perkhidmatan Awam PBB di Uzbekistan
Lawatan Fadillah ke Uzbekistan,perkasa hubungan dua hala