Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-24
IDOPRESS

Foto JBPM
LABUAN,24 Jun- Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Merinding,Labuan awal pagi tadi.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja binaan projek di kawasan berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan,Abdul Rahman Ali,memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.13 pagi.
"Setibanya di lokasi,operasi memadam dan menyelamat dijalankan melibatkan 18 anggota termasuk pegawai serta lima jentera jabatan. Selain itu,lapan anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) Labuan turut terlibat dalam operasi tersebut.
"Rumah berkenaan yang mempunyai lapan bilik musnah 90 peratus,manakala sebuah motosikal turut musnah sepenuhnya. Bagaimanapun,tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
"Operasi berjaya dikawal pada pukul 3.29 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.18 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.