Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-25
IDOPRESS

Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (bawah,empat dari kiri) pada pelancaran Retailer Dashboard MBSB
PETALING JAYA,25 Jun- Retailer Dashboard yang diperkenalkan oleh MBSB Bank Berhad dijangka memudahkan dan mengautomasikan proses penjejakan pembayaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS),khususnya dalam sektor runcit.
Penyelesaian perbankan digital itu merupakan yang pertama dibangunkan secara tempatan dan disasarkan melibatkan penyertaan antara 30 hingga 50 peruncit dalam tahun pertama pelancarannya.
Menurut Pengerusi Kumpulan MBSB,Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad,platform tersebut direka bagi memenuhi keperluan transaksi tanpa tunai yang semakin meningkat,di samping menyokong operasi perniagaan yang semakin kompleks.
“Retailer Dashboard menyediakan akses berpusat terhadap transaksi yang merentas pelbagai cawangan,platform dan kaedah pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Platform itu turut direka untuk berintegrasi dengan sistem pembayaran sedia ada serta menawarkan fungsi seperti penjejakan berpusat,padanan jualan automatik,amaran awal bagi ketidaksepadanan transaksi,serta akses data terperinci mengikut cawangan,tarikh dan kaedah pembayaran.
Pelancaran tersebut menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha inovasi digital MBSB Bank,susulan pengenalan Akaun Semasa Perniagaan secara dalam talian sepenuhnya bagi segmen PKS.
Kedua-dua inisiatif itu mencerminkan komitmen MBSB Bank dalam memperkasakan usahawan melalui penyelesaian perbankan digital yang praktikal dan mudah diakses.