Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-27
IDOPRESS

Tangkap layar video tular dakwaan warga Pakistan berucap merasmikan sukan sekolah di Perak
IPOH,27 Jun - Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan telah merasmikan satu program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah malam tadi.
Terdahulu,tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah,Simpang Empat Semanggol.
Sementara itu,Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.
"Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.
"Oleh itu,ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek," katanya. - BERNAMA