Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-01
IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,30 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan sulung tiga hari ke Itali bermula esok (1 Julai) hingga 3 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan itu atas undangan rakan sejawatnya,Giorgia Meloni,dan merupakan kunjungan rasmi pertama sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Lawatan itu turut disertai lima orang menteri kabinet,iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Kemuncak lawatan adalah mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin yang dijadualkan pada 3 Julai di Chigi Palace,Rom.
Pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu,khususnya dalam bidang ekonomi,teknologi pertahanan,dan tenaga.
Perdana Menteri turut dijadualkan merasmikan Malaysia–Italy Economic Partnership Roundtable pada 2 Julai,yang menghimpunkan pemain industri dari kedua-dua negara.
Selain itu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadualkan bertemu dengan pemimpin komuniti Islam di Itali serta majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia
Dari segi ekonomi,hubungan Malaysia–Itali kekal kukuh,dengan jumlah dagangan pada 2024 meningkat dua peratus kepada RM14.61 bilion,manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2025,dagangan melonjak lagi sebanyak 3.3 peratus.
Itali juga merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU),dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut pada tahun lalu.
Perdana Menteri seterusnya dijadualkan meneruskan lawatan rasmi ke Perancis pada 3 dan 4 Julai dan diikuti Brazil.