Pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas: Hanya satu kes ingkar peraturan di Pulau Pinang

2025-07-03     HaiPress

Zulkifly Ismail,Pengarah JPJ Pulau Pinang

BUTTERWORTH,3 Julai – Kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar dalam kalangan pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Pulau Pinang berada pada tahap tinggi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang,Zulkifly Ismail berkata,sejak dikuatkuasakan 1 Julai lalu,hanya satu kes direkodkan membabitkan pemandu bas yang ingkar arahan tersebut.

“Sepanjang dua hari penguatkuasaan dijalankan,hanya satu kes yang kita ambil tindakan semalam iaitu tidak memakai tali pinggang keledar.

Saya berterima kasih kepada pemandu,penumpang dan pengusaha bas yang memahami tanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi khas penguatkuasaan undang-undang baharu tersebut di sini.

Operasi berkenaan dilaksanakan di Terminal Bas Sungai Nibong,Penang Sentral serta melalui penyamaran pegawai di dalam bas.

Sepanjang operasi dilakukan,34 bas ekspres dan 21 bas persiaran diperiksa bagi memastikan peraturan berkenaan dipatuhi.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang ingkar boleh dikenakan kompaun RM300.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.