Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-04
HaiPress

Majlis Perasmian Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sembilan.
PORT DICKSON,3 Julai - Negeri Sembilan mencatatkan kuantiti pengeluaran bagi aktiviti ternakan sebanyak 332.3 juta ekor setakat tahun lepas.
Hasil bancian yang dijalankan Jabatan Perangkaan DOSM dari 7 Julai hingga 31 Disember 2024,jumlah pengeluaran tertinggi ialah aktiviti pelbagai ternakan iaitu 212.3 juta ekor atau 63.9 peratus,diikuti penternakan ayam sebanyak 119.8 juta ekor dan penternakan itik sebanyak 129.3 juta ekor.
Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun,beliau berharap DOSM dapat meneliti semula data terhadap ternakan terutama ayam yang dibela di Negeri Sembilan namun diproses dan dieksport di negeri lain.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sembilan di Port Dickson.
Bagi hasilan ternakan pula,kuantiti pengeluaran telur mencatatkan seribu 382.1 juta biji,dengan Kuala Pilah sebagai daerah pengeluar tertinggi iaitu 103.7 juta biji.
Selain itu,kuantiti pengeluaran bagi susu segar adalah 3.1 juta liter,dengan Seremban sebagai daerah pengeluar tertinggi iaitu 1.2 juta liter.
Kuantiti pengeluaran bagi hasilan ternakan lain pula merekodkan sebanyak 11.7 ribu tan metrik yang meliputi sarang burung walet,madu dan hasilan lain.