Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-07
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Julai - PETRONAS melalui anak syarikatnya PETRONAS LNG Ltd.,memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Venture Global,syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat bagi tempoh 20 tahun.
Perjanjian itu melibatkan pembekalan satu juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) bagi kemudahan Venture Global yang sedang dibangunkan di Cameron Parish,Louisiana,Amerika Syarikat.
PETRONAS dalam satu kenyataan memaklumkan,kerjasama jangka panjang itu mengukuhkan lagi portfolio LNG global PETRONAS dan mencerminkan komitmennya dalam menyediakan bekalan tenaga yang boleh dipercayai.
''Usahasama ini juga dijangka memberi PETRONAS keupayaan bekalan yang lebih fleksibel dan tangkas dalam memenuhi keperluan pasaran di rantau utama."
''Perjanjian ini mencerminkan usaha berterusan memperluas akses bekalan melalui kerjasama strategik industri,'' menurut kenyataan itu.