Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-07
IDOPRESS

Foto BERNAMA
RIO DE JANEIRO,7 Julai - Beberapa syarikat India berhasrat untuk melabur di Malaysia dalam sektor masa hadapan negara.
Perkara itu antara yang dinyatakan dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatannya dari India,Narendra Modi di luar Sidang Kemuncak BRICS.
Antara sektor pelaburan yang menarik minat syarikat India ialah ekonomi digital,Kecerdasan Buatan (AI),tenaga boleh baharu dan aeroangkasa.
Dalam pertemuan itu,kedua-dua pemimpin turut membincangkan mengenai cadangan penubuhan Institut Teknologi India (IIT) kampus Malaysia.
IIT yang terkenal dengan kursus rangkaian dan kejuruteraan merupakan antara yang terbaik di dunia.
Di samping itu,Kuala Lumpur dan New Delhi juga komited untuk memperkukuh kerjasama antara rakyat dalam aspek kebudayaan dan pelancongan.
Kedua-dua pihak turut menegaskan kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau,termasuk dalam isu Palestin dan Jammu-Kashmir.
Menurut Datuk Seri Anwar,Malaysia menyambut baik usaha memperkukuh hubungan Asia Tenggara dan India menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-India,Oktober depan.