Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-07
IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ketua Pengarah WTO,Dr. Ngozi Okonjo-Iweala.
RIO DE JENEIRO,7 Julai -Malaysia mencadangkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO,Dr. Ngozi Okonjo-Iweala di luar Sidang Kemuncak BRICS.
Semasa pertemuan itu Perdana Menteri menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme,serta mengingatkan peranan WTO untuk kekal inklusif,berkesan dan responsif.
Beliau turut menyatakan sokongan penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO.