Thu Sep 04
Niaga hadapan MSM ditutup rendah
Thu Sep 04
Ringgit ditutup tinggi
Thu Sep 04
2025-07-08
HaiPress
Foto hiasan/Arkib BERNAMA
PETALING JAYA,8 Julai -Kerajaan dan semua pihak berkepentingan perlu bertindak segera dalam membaik pulih sistem sokongan psikososial supaya tidak terus membebankan tugas kaunselor.
Gesaan dibuat Presiden NGO Empati,Syahida Zulkarnain susulan pendedahan Exco Kesihatan Awam Selangor,Jamaliah Jamaluddin bahawa 1,020 murid sekolah menengah di negeri itu berisiko tinggi mengalami kemurungan.
Jelas Syahida Zulkarnain,perkara itu bukan sahaja membimbangkan,malah menuntut pembaharuan dasar lebih jelas dan sistematik seterusnya memperkukuh sistem kaunselor sekolah secara menyeluruh.
“1,020 murid itu hanyalah permukaan gunung ais – di bawahnya mungkin ribuan lagi sedang menjerit tanpa suara. Jika kita tidak bertindak hari ini,mereka mungkin akan hilang esok – secara emosi,akademik atau lebih tragik,nyawa mereka sendiri,” kata menerusi satu kenyataan.