Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-10
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,10 Julai-Semua kadar baharu pembiayaan dan simpanan CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan berkuat kuasa mulai 14 Julai 2025,susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini,CIMB memaklumkan kadar asas akan diturunkan sebanyak 25 mata asas,selaras dengan langkah BNM menurunkan OPR daripada 3.00% kepada 2.75% pada 9 Julai lalu.
"Penyesuaian kadar itu melibatkan Standardised Base Rate (SBR),kadar Lembaga untuk Simpanan Tetap dan Akaun Pendapatan Pulangan Tetap-i (Fixed Deposit / Fixed Return Income Account-i Board Rates) serta semua kemudahan pembiayaan berasaskan Base Lending Rate (BLR) dan Base Financing Rate (BFR)",katanya dalam kenyataan.