JBPM mohon balai bomba baharu di Chiku, Gua Musang

2025-07-14     HaiPress

Pengarah JBPM Kelantan,Farhan Sufyan Borhan/Foto BERNAMA

KOTA BHARU,14 Julai - Susulan kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat,Gerik,Perak,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah mengemukakan permohonan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di Chiku,Gua Musang.

Pengarah JBPM Kelantan,Farhan Sufyan Borhan berkata,permohonan tersebut dibuat bagi memastikan tindakan pantas dapat dilaksanakan sekiranya berlaku kecemasan di laluan antara Kuala Krai dan Gua Musang yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

"Ketika ini,BBP Kuala Krai dan BBP Gua Musang merupakan balai terdekat,namun jarak antara kedua-duanya ialah sejauh 117 kilometer.

"Ini menyukarkan gerak balas segera sekiranya berlaku kecemasan di kawasan pertengahan seperti Chiku dan Galas,” katanya.

Beliau menjelaskan kawasan tersebut adalah laluan utama yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Lumpur,dan sebarang kelewatan boleh menjejaskan keselamatan mangsa.

"Kita ambil pengajaran daripada insiden di Gerik dan Jeli.

"Walaupun kawasan ini dikategorikan sebagai berisiko rendah,namun apabila kecemasan berlaku,masa respons menjadi sangat kritikal,” katanya.

Tambahnya lagi,ketiadaan pasukan bomba sukarela di kawasan Chiku turut menjadi cabaran kerana ia menyukarkan pelaksanaan operasi menyelamat awal sebelum bantuan daripada balai terdekat tiba.

Sehingga kini,terdapat 20 pasukan bomba sukarela di seluruh Kelantan dengan keanggotaan seramai 61 orang.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan yang diadakan di Tunjung,Kota Bharu,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.