Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-14
HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,14 Julai -Institusi tempatan terus mencatatkan aliran belian untuk minggu kelapan berturut-turut,menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Aliran masuk bersih dicatatkan berjumlah RM463.9 juta pada minggu berakhir 11 Julai,peningkatan ketara daripada RM61.0 juta pada minggu sebelumnya,katanya dalam Laporan Aliran Dana mingguannya.
Menurut MIDF Amanah,peruncit tempatan juga kembali mencatatkan belian bersih selepas dua minggu merekodkan jualan bersih,dengan aliran masuk bersih sebanyak RM52.7 juta.
“Purata jumlah dagangan harian menyaksikan penurunan yang menyeluruh pada minggu lepas.
“Peruncit tempatan dan institusi tempatan,masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 1.6 peratus dan 12.9 peratus manakala pelabur asing merekodkan kemerosotan sebanyak 8.3 peratus,” katanya.
Sementara itu,MIDF melaporkan pelabur asing beralih kepada jualan bersih selepas dua minggu berturut-turut mencatatkan belian bersih,dengan jumlah aliran keluar sebanyak RM516.6 juta.
Katanya dana asing merupakan penjual bersih sepanjang lima hari dagangan,dengan aliran keluar harian daripada RM10.1 juta hingga RM272.3 juta.
Aliran keluar terbesar dicatatkan pada Isnin sebanyak RM272.3 juta,diikuti pada Jumaat sebanyak RM103.6 juta. Aliran keluar terendah adalah pada Selasa sebanyak RM10.1 juta.
Menurut MIDF,tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM52.5 juta),hartanah (RM35.4 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM32.1 juta).
“Sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih terbesar ialah perkhidmatan kewangan (RM237.6 juta),telekomunikasi dan media (RM142.7 juta) serta pembinaan (RM89.1 juta),” katanya.
- BERNAMA