Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-14
IDOPRESS

Foto Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA,14 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya,Datuk Seri Anwar memaklumkan,pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.
Antara yang disentuh ialah penekanan terhadap kepentingan menjaga hubungan erat serta kerjasama strategik antara Sabah dan Sarawak.
"Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia",katanya.
Tan Sri Abang Johari dan Datuk Seri Hajiji turut menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 di Putrajaya yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar.