Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-14
IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,14 Julai – Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas Bank Negara Malaysia (BNM) bukan sekadar langkah teknikal.
Ia sebaliknya strategi memulihkan keyakinan pengguna dan perniagaan.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia,Prof. Dr. Barjoyai Bardai menjelaskan,langkah itu tepat bagi membantu negara menangani ancaman tarif 25 peratus Amerika Syarikat ke atas eksport Malaysia.
"Jadi,dengan penurunan OPR ini,dia dapat menolong memberikan keyakinan tinggi dan menstabilkan keadaan supaya sebahagian daripada kekurangan di dalam eksport itu boleh ditampung pasaran dalaman.
"Peniaga-peniaga masih melihat potensi untuk mengekspor ke negara-negara lain," katanyaketika dihubungi RTM.
Beliau optimis,strategi berkenaan mampu merangsang perbelanjaan domestik sekaligus membantu pasaran dalaman negara menjadi benteng utama menghadapi ketidaktentuan pasaran global.
BNM sebelum ini mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas,menjadikan kadar baharu 2.75 peratus berbanding 3.00 peratus sebelum ini