Tue Jul 15
Agong berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269
2025-07-15
HaiPress
Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR,15 Julai - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara di ibu negara hari ini.
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 itu akan dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"MRR ke-269 akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj," menurut hantaran itu.
Trurut berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.