Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-17
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak,Kelantan,Terengganu dan Sarawak sehingga pukul 9.00 malam ini.
Antara kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak di Perak; Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan; serta Besut,Setiu,Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu.
Di Sarawak pula,kawasan yang terlibat termasuk Kuching,Serian,Samarahan,Sri Aman,Betong (Betong),Sibu,Mukah (Dalat dan Mukah),Kapit (Song,Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau perkembangan cuaca terkini.