Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-17
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Julai - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini,seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.
Pada sesi penutup dagangan,kontrak Julai 2025 turun 17.5 mata kepada 1,505.50,Ogos 2025 susut 17.0 mata kepada 1,504.0,September 2025 berkurangan 16.5 mata kepada 1,486.0,dan Disember 2025 jatuh 14.5 mata kepada 1,487.50.
Jumlah dagangan menyusut kepada 5,471 lot daripada 4,585 pada hari Selasa,manakala kepentingan terbuka susut kepada 39,298 kontrak daripada 40,452 sebelumnya.
Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.90 mata kepada 1,511.50 daripada paras penutup 1,525.40 pada Selasa. -BERNAMA