Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-17
IDOPRESS

Murid-murid yang mengambil bahagian bersama pasukan Universiti Malaya
KUALA LUMPUR,17 Julai- Dalam landskap pendidikan Malaysia masa kini,isu kemahiran literasi iaitu membaca,menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid,khususnya murid pemulihan dan murid orang asli,terus menjadi cabaran yang memerlukan perhatian serius dan pendekatan inovatif.
Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi pendidikan tinggi (IPT),termasuk program kolaboratif seperti EduRia 3M yang menjadi satu contoh terbaik sinergi antara universiti dan sekolah dalam menangani isu kemahiran literasi secara holistik dan berimpak tinggi.
Program EduRia 3M ialah sebuah inisiatif kerjasama pendidikan antara Universiti Malaya dan sekolah yang digerakkan oleh Guru Besar SK Sungai Sampo,Jempol,Negeri Sembilan,Mohd Ahyaulumuddin Abd Hamid sebagai salah satu program pemerkasaan kemahiran membaca,menulis dan mengira dalam kalangan murid sekolah rendah.
Ini dilaksanakan melalui Program Inovasi Sosial di bawah Geran Transformasi Global (GTRG). Matlamat utama adalah untuk memberikan pengalaman pembelajaran bermakna dan menyeronokkan kepada murid-murid pemulihan dan murid dari Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) di seluruh Negeri Sembilan.
