Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-18
IDOPRESS

Kemalangan di Bera,Pahang/Foto RTM
BERA,18 Julai - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Tasik Bera,Jalan Felda Sebertak–Felda Sebertak Triang,Bera,Pahang,pagi tadi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri,Zulfadli Zakaria berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9.32 pagi.
Susulan itu,enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi.
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala,pemandu lori dilaporkan selamat.