Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-21
HaiPress

FOTO BOMBA SARAWAK
KUCHING,20 Julai – Tingkat atas bangunan dua tingkat Maahad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi musnah dalam kebakaran yang berlaku pukul 5.47 petang tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas,yang telah memusnahkan sepenuhnya tingkat atas bangunan berstruktur kekal tersebut.
Bagaimanapun,tingkat bawah bangunan berkenaan tidak terjejas.
Seramai 20 pelajar dan empat orang ustaz yang berada di premis ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara ofensif dan defensif dengan menggunakan sumber air dari pam jentera serta pili bomba berhampiran.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 6.46 petang.
Turut berada di lokasi kejadian ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),SESCO,Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).