Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-21
HaiPress

Kumpulan Inteam membuat persembahan pada Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam 2025
SHAH ALAM,21 Julai - Program Darul Ehsan Berselawat sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 diteruskan malam tadi menerusi penganjuran Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam 2025 yang berlangsung meriah dan penuh penghayatan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.
Acara kemuncak itu menyaksikan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung bagi menghayati seni Islam dan menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Konsert berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari bersama isteri,Datin Seri Masdiana Muhamad.
Antara kumpulan nasyid ternama tanah air yang turut membuat persembahan ialah Raihan,Rabbani,UNIC dan Inteam yang berjaya menghidupkan suasana dengan alunan qasidah,selawat dan lagu-lagu dakwah menyentuh jiwa.
Festival Turath Islami Selangor 3.0 berlangsung selama beberapa hari menampilkan pelbagai pengisian ilmiah dan rohani seperti forum,wacana ilmu dan pameran yang dirangka khas untuk rakyat di Selangor.